Monday, November 15, 2010

Asma's parent-meet-teacher day

Perasaan saya mungkin tidak sama dengan ibubapa lain. Ada perasaan tidak sedap sebenarnya di dalam hati ini.

Perasaan terkilan sebenarnya muncul dalam 2 bulan lepas, apabila Asma' diberi homework yg mesti dipulangkan esoknya. 2 mukasurat latihan tambah nombor puluh dlm bentuk lazim. Selepas mengajar Asma' serba sedikit, Asma' melaksanakan latihan itu dengan penuh yakin sendirian (terpaksa biarkan Asma' buat sorang utk settlekan sedikit kerja rumah), tak sampai hati nak beritahu Asma' yg hampir kesemua jawapannya itu salah. Esoknya saya beritahu cikgu yg Asma' di tadika lama belum belajar sampai silibus itu. Cikgu pula menjelaskan yg silibus itu mmg menurut silibus tadika yg disediakan oleh kementerian pelajaran.

2 minggu lepas, rasa tak best lagi bila cikgu memberitahu yg minggu berikutnya ialah exam week. Jadual peperiksaan diberi, 10 subjek utk periksa selama 5 hari. Cikgu memberitahu yg buku teks Sains dibawa balik supaya boleh ulangkaji di rumah. "Baca buku ni, semua soalan exam ada dalam buku ni.", kata cikgu. Cikgu memberitahu bahawa murid2 sudah dipesan supaya ulangkaji di rumah supaya bila periksa boleh dapat nombor 1 pastu dapat hadiah. Asma' pun dgn bersemangat bercerita bahawa dia nak belajar di rumah supaya boleh periksa dan dapat nombor satu. Uh, nampaknya cikgu2 tadika sudah menanam exam-oriented mind kepada budak2 ini.

Sebenarnya saya tidak melaksanakan pesanan cikgu. Di rumah, sy biarkan Asma' baca buku apa yg dia mahu. Sy review juga buku teks sains, tapi bukan utk mengingatkannya ttg exam, sekadar nak menceritakan content buku itu saja sebagai pengetahuannya.

Saya sebenarnya rasa agak kecewa, bukan kerana result Asma' yg tertulis dlm report card. Sesungguhnya gred-gred yg diberi tidak sama sekali menggambarkan potensi pelajar tadika itu. Selain dr gred yg terekod, secara lisan cikgu2 beritahu yg Asma' mmg bagus dlm bacaan BM dan qiraati.

Asma' berpotensi tinggi, itu yg kami semua percaya. Asma' mampu memberikan kami kejutan melalui soalan-soalannya. Asma' mampu membuat kami surprise dgn lukisannya yg original. Asma' mampu menulis sendiri perkataan2 yg mahu dia tulis. Asma' yg belum menyambut hari lahirnya yg ke-5 itu juga sudah mampu membaca buku kanak2 BM, dan tulisan2 yg besar pd label/bungkusan barang dan papan tanda. Itu semua terlepas dari ujian peringkat tadika.

Tidak sama sekali bermaksud utk mengutuk tadika tempat Asma' belajar. Cuma melepaskan sedikit kekecewaan dgn sistem pendidikan global dan kebangsaan zaman kapitalisme kini yg menumpukan kpd menyediakan anak2 dgn menyumbat mereka dgn ilmu dan literasi sebanyak mungkin. Bagaimana pula menyediakan potensi anak utk mengembangkan mindanya supaya mampu berfikir kreatif dan mempunyai kesedaran yg jernih? Mungkin ini perkara yg terlepas dari silibus kementerian pelajaran?

Pun begitu, hari bertemu guru itu tetap penting utk kami. Sebab kami perlu feedback tentang bagaimana Asma' semasa dia di luar kawalan kami. Adakah Asma' tersangat2 manja spt di rumah? Oh rupanya di tadika Asma' mmg sangat berdikari dan tidak manja. Jadi kenapa Asma' manja sgt di rumah ya sayang? Apa silap mak dekat Asma' ye?Kat tadika rupanya Asma' budak yg tak memilh masa makan, dan makan dgn sopan. Hmm kenapa di rumah lain ya?

Selain itu, seperti pada masa2 lain, Asma' selalu buat saya termenung..
tentang kurangnya saya menyediakan anak2 pd jiwa mereka, ruh mereka..

terkedu sebentar tadi menonton video anak muda yg mempunyai masalah mental tapi mampu menghafaz 23 juzu' alQuran dengan amat2 baik! Ya Allah apalah usahaku sebagai ibu..

Moga Allah terus berikan kami peluang utk mendidik anak cemerlang. Amin.

2 comments:

  1. Anna, selamat berkenalan :-)
    Saya dah baca sikit blog Anna, menarik!
    Enjoy your moments preparing to be mom, live will never be the same again afterwards..
    And in the mean time, some preparations need to be done now.
    Believe me or not, while many of us are trying to give the best for our coming children, we tend to forget to make a bigger preparation - on making them real human - that is education.
    I believe you are seriously doing your reading now, so don't forget reading about preparing to make your baby "education-ready".
    And IMO, education is the toughest part in bringing up the children - and I am still learning at it
    All the best Anna :-)

    ReplyDelete