babies
baby
baby development

Thursday, June 9, 2011

Layan Isteri Macam Pelacur Kelas 1?

 Berikut ialah luahan hati sahabat saya Dr Am
---------------------------------------------------------------------

Dengan nama-Nya...

Beberapa jam yang lalu, baru sempat online BH dan terbaca artikel ini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article/
* arghh! stressnya aku baca..oh my GOD..what is this??*


Spontan, aku teringatkan satu slot Wanita Hari Ini beberapa tahun
lepas. Rncgn  - Tilam dan Bantal dengan tajuk - Bila Pasangan Hilang
Ghairah. Bila iklan, promote produk ini itu. Konon menambah tenaga,
membawa bahagia. Loya sungguh, aku tutup TV.

Benar, tiada terma lucah digunakan bagi membawa maksud the sex,
sebaliknya terma 'intimasi' lah, ini lah, itu lah. Benar, rancangan
yang konon kewanitaan sangat-lah tuh klasifikasinya U, bukan 18SX.
Benar, (walaupun tak menutup aurat) bagi definisi masyarakat berwabak
wahan - tak seksi mana pun.

Tapi, aku dah naik jijik dengan semua ni. Apa isu-isu dangkal sebegitu
je yang menjadi pusat kegusaran wanita Muslim Malaysia? Apa hal ehwal
tilam dan bantal sahaja ke yang menjamin kebahagian dunia akhirat kaum
isteri-ibu? Apa mereka fikir konon habis solehah,habis feminis, habis
moden, habis urban lah kalau berdiskusi isu tilam dan bantal?

Kalau anak-anak bertanya 'mak makan ubat apa ni?', 'mak tengok
rancangan apa ni?','mak, seks tu apa?",  'intimasi tu apa mak?',
'kenapa nama dia Tilam dan Bantal mak?' "kenapa dia suruh jadi pelacur
mak?" hah! nak jawab apa?

Muslimah Nusantara yang berminda dangkal kini memang ibarat matahari
dengan galaksi Andromeda, kalau nak dibandingkan dengan Muslimah
Nusantara dulu-dulu yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Memang
berjuta-juta tahun cahaya jaraknya!


*****

Ada dicatatkan bahawa ketika segerembolan tentera Belanda melanggar
sebuah kampung di Acheh untuk menghambat mujahid-mujahid penghalau
penjajah, mereka ternampak seorang Muslimah Acheh sedang menumbuk padi
dengan penuh karisma, selamba dan cool.

Tentera penjajah yang bangsat itu pun bertanya sama ada di kampung itu
ada laki-laki atau tidak. Muslimah itu masih menumbuk padi sambil
menjawab dengan penuh gaya macho - "Tiada. Semua laki-laki keluar
bermuslimun di hutan." (bermuslimun membawa maksud berjihad)

Tentera yg tak reti bahasa itu pun menggeledah kampung. Mereka
terjumpa seorang lelaki penakut yang terketar-ketar sedang menyorok.
Tentera penjajah itu segera naik berang kerana ditipu Muslimah tadi
lalu segera menghambur wanita itu - "Habis tu, ini apa?". Sambil
mengunjuk pemuda yang pengecut itu.

Muslimah yang cukup cool itu menjawab sambil menumbuk padi. "Bukan aku
sudah bilang tadi. Semua laki-laki keluar bermuslimun di hutan. Yang
ini bukan laki-laki."

(Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan siri buku Jejak Risalah Islam di
Nusantara karangan Dr. Hafidzi b. Mohd Noor. Siapa-siapa ada jumpa,
sila maklumkan penulis. Nak kirim beli)

********
Berderau darah kerana terlalu excited mendengar Sejarah Islam di
Nusantara dlm satu buku yg sempat aku baca

Laksamana Malahayati, seorang Admiral (ketua angkatan laut!) kerajaan
Islam Acheh bagi menentang kependudukan penjajah Belanda laknatullah
pada abad ke-16 (tahun 1500-an!). Juga, beliau menubuhkan pasukan
turus khas Inung Balee, yang dianggotai para balu syuhada'.

Tjoet Nyak Dien, seorang lagi mujahidah Acheh menghalau penjajah
Belanda laknatullah pada kurun ke-19 (tahun 1900-an). Ketika Masjid
Raya Baiturrahman dimusnah penjajah bangsat, berikut antara ucapan
beliau:

Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirusak!! Mereka
telah mencorengkan nama Allah! Sampai kapan kita begini? Sampai kapan
kita akan menjadi budak Belanda?

Terasa bodoh pula bila difikir betapa kita ditipu hidup-hidup oleh
sukatan buku teks Sejarah. Apakah tidak memalukan seseorang yang
beriya-iya melawan penjajah/kerajaan hanya kerana tak mau bayar cukai
tanah, saman speed trap atau tol highway?

Itu pasal masa belajar Sejarah dalam buku teks dulu selalu ngantuk.
Semua pakat cerita sejarah yang dah putar belit, yang nampak macam
kita ni umat Islam yang diperbudak2an.

Ini strategi kuffar. Mereka menjauhkan kehidupan kita dari al-Quran.
Mereka menjauhkan kita dari sejarah.

Strategi kuffar nampaknya berjaya. Para isteri-ibu dah kurang fikir
untuk menyumbang kepada perjuangan macam Malahayati, Aisyah ra ataupun
sahabat baginda - Safiyyah. Tapi dok fikir Wanita Hari Ini, Tilam &
Bantal, produk penambah tenaga dan terbaru, jadilah 'pelacur kelas
pertama' untuk suami anda...* sungguh, aku mual, vomit*

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment