babies
baby
baby development

Thursday, March 10, 2011

infitah Quranic Home Based Learning

belajar quran di rumah?

in reference to:

"Home Tuition"
- Home Tuition « Infitah Training & Consultancy (view on Google Sidewiki)

Doa2 dari Al-Quran untuk anak soleh

Doa supaya mendapat rahmat
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩)
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (9) Al-E-Imran

Doa supaya anak patuh kepada Allah
رَبَّنَا وَٱجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً۬ مُّسۡلِمَةً۬ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ (١٢٨)
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (128) Al-Baqara

Doa diberi anak yang baik
هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٨)
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (38) Al-E-Imran

Doa mendapat zuriat yang menenangkan hati
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74) Al-Furqan

Doa suapaya anak tetap mendirikan solat
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40) Ibrahim

Tuesday, March 8, 2011

Tuesday, February 8, 2011

A newfound blog - a new friend too. AzurahAnuar.my

I found this blog, and I guess the owner of the blog and I have a few things in common. Here's one entry of the blog.
in reference to:
"I guess, it all comes naturally. Bit by bit, i can feel the changes. And the changes are all to the better."
- Why Do You Dress Like That? (view on Google Sidewiki)

Wednesday, January 26, 2011

Islamic Crafts and Lesson Plans for kids

For toddlers to grades 3

in reference to:

"Great for Summer Camps and Sunday Schools"
- Islamic Crafts and Lesson Plans for kids | Great for Summer Camps and Sunday Schools (view on Google Sidewiki)

Breastpumping while travelling

Useful tips and links on long travels for breastpumping moms without the bf child around

in reference to:

"Breastfeeding and traveling"
- Suzette » Brfg: Travel (view on Google Sidewiki)

Thursday, January 13, 2011

Memukul sebagai pendidikan

Syarah fiqih - penjelasan ilmu Islam

in reference to:

"Rasul membolehkan untuk memukul anak berumur 10 tahun yang tidak mahu solat. Namun, bagi anak yang berusia di bawah 10 tahun, tidak diperkenankan untuk memukulnya. Ini untuk soal solat, apatah lagi dalam masalah-masalah lain selain daripada solat. Kebolehan untuk memukul di sini  bukan bererti wajib."
- Kebolehan Memukul Sebagai Ta’dib (view on Google Sidewiki)

Monday, November 15, 2010

Asma's parent-meet-teacher day

Perasaan saya mungkin tidak sama dengan ibubapa lain. Ada perasaan tidak sedap sebenarnya di dalam hati ini.

Perasaan terkilan sebenarnya muncul dalam 2 bulan lepas, apabila Asma' diberi homework yg mesti dipulangkan esoknya. 2 mukasurat latihan tambah nombor puluh dlm bentuk lazim. Selepas mengajar Asma' serba sedikit, Asma' melaksanakan latihan itu dengan penuh yakin sendirian (terpaksa biarkan Asma' buat sorang utk settlekan sedikit kerja rumah), tak sampai hati nak beritahu Asma' yg hampir kesemua jawapannya itu salah. Esoknya saya beritahu cikgu yg Asma' di tadika lama belum belajar sampai silibus itu. Cikgu pula menjelaskan yg silibus itu mmg menurut silibus tadika yg disediakan oleh kementerian pelajaran.

2 minggu lepas, rasa tak best lagi bila cikgu memberitahu yg minggu berikutnya ialah exam week. Jadual peperiksaan diberi, 10 subjek utk periksa selama 5 hari. Cikgu memberitahu yg buku teks Sains dibawa balik supaya boleh ulangkaji di rumah. "Baca buku ni, semua soalan exam ada dalam buku ni.", kata cikgu. Cikgu memberitahu bahawa murid2 sudah dipesan supaya ulangkaji di rumah supaya bila periksa boleh dapat nombor 1 pastu dapat hadiah. Asma' pun dgn bersemangat bercerita bahawa dia nak belajar di rumah supaya boleh periksa dan dapat nombor satu. Uh, nampaknya cikgu2 tadika sudah menanam exam-oriented mind kepada budak2 ini.

Sebenarnya saya tidak melaksanakan pesanan cikgu. Di rumah, sy biarkan Asma' baca buku apa yg dia mahu. Sy review juga buku teks sains, tapi bukan utk mengingatkannya ttg exam, sekadar nak menceritakan content buku itu saja sebagai pengetahuannya.

Saya sebenarnya rasa agak kecewa, bukan kerana result Asma' yg tertulis dlm report card. Sesungguhnya gred-gred yg diberi tidak sama sekali menggambarkan potensi pelajar tadika itu. Selain dr gred yg terekod, secara lisan cikgu2 beritahu yg Asma' mmg bagus dlm bacaan BM dan qiraati.

Asma' berpotensi tinggi, itu yg kami semua percaya. Asma' mampu memberikan kami kejutan melalui soalan-soalannya. Asma' mampu membuat kami surprise dgn lukisannya yg original. Asma' mampu menulis sendiri perkataan2 yg mahu dia tulis. Asma' yg belum menyambut hari lahirnya yg ke-5 itu juga sudah mampu membaca buku kanak2 BM, dan tulisan2 yg besar pd label/bungkusan barang dan papan tanda. Itu semua terlepas dari ujian peringkat tadika.

Tidak sama sekali bermaksud utk mengutuk tadika tempat Asma' belajar. Cuma melepaskan sedikit kekecewaan dgn sistem pendidikan global dan kebangsaan zaman kapitalisme kini yg menumpukan kpd menyediakan anak2 dgn menyumbat mereka dgn ilmu dan literasi sebanyak mungkin. Bagaimana pula menyediakan potensi anak utk mengembangkan mindanya supaya mampu berfikir kreatif dan mempunyai kesedaran yg jernih? Mungkin ini perkara yg terlepas dari silibus kementerian pelajaran?

Pun begitu, hari bertemu guru itu tetap penting utk kami. Sebab kami perlu feedback tentang bagaimana Asma' semasa dia di luar kawalan kami. Adakah Asma' tersangat2 manja spt di rumah? Oh rupanya di tadika Asma' mmg sangat berdikari dan tidak manja. Jadi kenapa Asma' manja sgt di rumah ya sayang? Apa silap mak dekat Asma' ye?Kat tadika rupanya Asma' budak yg tak memilh masa makan, dan makan dgn sopan. Hmm kenapa di rumah lain ya?

Selain itu, seperti pada masa2 lain, Asma' selalu buat saya termenung..
tentang kurangnya saya menyediakan anak2 pd jiwa mereka, ruh mereka..

terkedu sebentar tadi menonton video anak muda yg mempunyai masalah mental tapi mampu menghafaz 23 juzu' alQuran dengan amat2 baik! Ya Allah apalah usahaku sebagai ibu..

Moga Allah terus berikan kami peluang utk mendidik anak cemerlang. Amin.

after this loong break

A very long silence from blogging.

Now I decide to blog again. FB is not enough, although it has some other strength compared to blogging.

From now on I want to use this blog to record my experiences, feelings, observation, and sharing about things related to my beloved family.

May my children and I will enjoy reading this blog 20 years from now.

Monday, January 4, 2010

Selamat datang cahaya mata ke-3
Alfatih bin Mohd Sanusi
1.00 pagi 02-01-2010
3.1kg, 48cm, lilitan kepala 32.5cm


Semoga menjadi anak soleh

Tuesday, December 1, 2009

Kisah CD puteri-puteriku

Assalamualaikum..

Sekarang saya nak kongsikan kisah CD kami.. rentetan peristiwa yang akhirnya membawa anak-anak saya Asma’ dan Aisyah boleh “terjebak” menggunakan CD.. Untuk pengetahuan, CD di sini bermaksud cloth diaper iaitu lampin kain :-)



Sebenarnya, sebelum saya melahirkan anak lagi saya sudah terfikir, tak ada ke cara lain nak lampinkan anak selain membalut bottomnya tu dengan kapas berlapis kertas dan plastik tu.. Terfikir saya, kita sendiri yang kena pakai kertas dan plastik seminggu dalam sebulan yang tak besar mana tu pun dah rasa rimas.. kesiannya baby2 yang seluruh bottomnya dibalut dengan benda tu sepanjang masa.. kalau nak bagi lampin kain pun, kena pakai seluar getah plastik juga.. Lagilah seluar getah tu kena diikat ketat2 untuk mengelakkan bocor.. oh kesiannya bayi2 ya.. kesian juga penajganya yang kejap2 kena tukar lampin tu lepas tu nak basuh lagi.. oh kesiannya ibu2 ya..

Suatu hari, saya nampak anak kakak saya memakai disposable diaper (DD) yang luarnya bukan plastik, tapi nampak macam kertas. Hampir tak percaya saya, dan saya tanyakan kakak saya, boleh ke bahan yang bukan plastik ni tak membocorkan air kencing? Kakak saya beritahu, inilah namanya “breathable”. Pembalut luar DD tu dibuatkan seperti kain yang boleh mengalirkan udara, pada masa yang sama juga boleh menahan cecair dari keluar. Oh gitu, kenapa kena cloth-like tak cloth terus kan? Boleh diguna balik, jimat duit kan? Ha kalau nak yg macam tu mana nak cari.. Begitulah kisahnya dalam 5 tahun lepas, sebelum saya menimang cahaya mata sendiri..

Apabila saya pula menimang cahaya mata pada November 2005, saya menimba ilmu tentang pengasuhan anak melalui buku-buku dan internet. Dari situ saya melanggani newsletter laman web tempatan yang menjual barang-barang penyusuan ibu dan barang-barang bayi. Pada suatu hari, newsletter yang saya langgani memberitakan bahawa laman web mereka dah mula menjual cloth diaper! Dan cloth diaper ini sebijik macam yang pernah saya bayangkan dulu, berbentuk seperti DD, tak payah lipat, dah ada butang, tak payah cucuk pin, tak payah balut dan ikat dengan seluar plastik, dan tak payah buang! Wah ini memang hebat, mimpi jadi nyata! Tapi tengoklah harganya, RM60 dan ke atas, alamak! Nampaknya tak boleh beli banyak ni..

Saya pun mencari-cari di Google kalau-kalau CD ini ada dijual di mana-mana lagi di Malaysia. Saya dapati CD hanya boleh didapati melalui beberapa e-shop barangan bayi di Malaysia ini. Jenama yang dijual ialah jenama Malaysia dan Singapura tetapi harganya boleh tahan juga. Selain itu terdapat sebuah e-shop khusus menjual CD yang diusahakan oleh seorang guru di Negeri Sembilan. E-shop ini pula menjual beberapa jenama dari Amerika. Nampaknya CD memang sangat-sangat baru di Malaysia.

Walau bagaimana pun saya mencuba dengan membeli dua helai CD dengan harga penghabisan stok dari e-shop CD tersebut. CD- CD ini saya pakaikan kepada anak sulung saya Asma’ yang pada masa itu sedang belajar berjalan.
Pemakaian CD kali pertama kepada Asma’ tidaklah menghasilkan kejayaan yang memberansangkan.

Pertama, kerana bilangan CD yang terlalu sedikit. Kedua, kerana kurang pengetahuan, saya memasukkan dua helai insert microfiber yang tebal dan besar ke dalam poket CD itu, akibatnya CD yang harga penghabisan stoknya RM50 lebih itu itu melondeh dan terbocor-bocor. Akhirnya apabila Asma’ mula menjadi heavy wetter selepas bercerai susu badan, CD milik Asma’ pun disimpan dan tidak diusik lagi selama beberapa tahun.

Aisyah lahir pada September 2007 di celah-celah kesibukan kami bekerja, membina rumah baru, dan berpindah. Aisyah dipakaikan DD 24 jam sehari sehingga umurnya 2 tahun. Pun begitu, beberapa peristiwa akhirnya membawa kepada pemakaian CD kepada Aisyah yang akhirnya saya sifatkan sebagai berjaya :-) Alhamdulillah.

Peristiwa pertama, pada suatu hari semasa berkursus, saya terperasan seorang rakan lelaki yang sedang melayari website membuka sebuah blog Bahasa Melayu yang di dalamnya memaparkan gambar berbagai CD berwarna-warni! Saya bertanya rakan tersebut: Lampin kain ke tu? Jawabnya malu-malu, alah, ni kawan forward ni.. Dari situ saya menyedari yang mungkin CD kini sudah semakin popular, dan mungkin kali ini harganya jauh lebih murah. Dan apabila saya google, memang benar, sudah ada blog-blog Malaysia yang menjual CD buatan China dengan harga RM30-an. Ini memang bagus, tapi macamana nak CDkan anak bila dia ke taska?

Peristiwa kedua, seorang rakan menerangkan kepada saya tentang bahayanya memakai tuala wanita seperti yang kita biasa pakai sekarang dan memberi alternatif iaitu tuala wanita berherba yang dijualnya. Penerangannya itu hanya membuatkan saya teringat yang saya patut kembali menCDkan anak saya. Tetapi lintasan fikiran yang saya ini terlalu sibuk di rumah, takkan mampu membasuh CD, dan di taska nanti mustahil untuk menCDkan anak menjadi penghalang.

Peristiwa ketiga, dan inilah yang benar-benar membuat saya benar-benar beralih kepada CD, ialah perubahan di tempat tinggal saya. Semasa mula-mula berpindah ke rumah baru iaitu di sebuah kampung (betul-betul kampung ni), ada tong sampah besar untuk penduduk berkongsi membuang sampah. Jadi rutin kami setiap pagi ialah menumpangkan sampah  di dalam kereta dan membuangnya di tong besar itu dalam perajalanan pergi bekerja.

Pada suatu hari, perkhidmatan tong sampah itu diberhentikan! Jadi sampah terpaksa ditumpangkan sampai ke tempat kerja, kemudian dibuang di mana-mana tong sampah di tempat kerja. Kerja ini bukannya mudah kerana tong sampah besar di tempat kerja bukanlah sentiasa available, kerana ia ada jadual pengisian dan pengosongannya yang tidak kami ketahui yang sudah tentu bukan untuk kami tetapi untuk syarikat pembersihan. Sampah pula menjadi semakin berat kerana beratnya DD kotor Aisyah yang kini juga sudah jadi heavy wetter selepas berhenti menyusu badan.

Selepas berfikir-fikir, saya nekad bahawa saya tidak mahu lagi menjadi hamba tukang buang pampers berat. Sampah lain boleh dibakar di belakang rumah (ini kan stail orang kampung), tapi DD tidak mungkin! Macamana nak tanam sayur nanti kalau tanah tu dah dirosakkan dengan bahan kimia tidak reput bercampur najis! Saya mesti betul-betul beralih kepada CD dan memastikan ia berjaya kali ini. Maka pembacaan serius saya pun bermula, membawa kepada saya membeli CD, sedikit demi sedikit, dari beberapa blog dan e-shop.

Dari beberapa forum tempatan, saya mendapat banyak tips penggunaan CD yang berharga. Saya memakaikan CD kepada Aisyah di rumah untuk beberapa lama sehinggalah saya yakin bahawa pemakaian CD akan berkesan dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Untuk  mengelakkan CD bocor, saya letakkan satu doubler hemp di bawah satu insert microfiber. Juga mesti dipastikan bahawa rekabentuk CD itu tidak menyebabkan droop wing (ini taktau nak explain macamana). Sejurus sebelum Aisyah tidur siang dan malam, mesti pakaikan dia CD yang fresh untuk bersedia menadah aliran lebat.

Untuk penjimatan elektrik, CD mesti ada banyak supaya kita tidak terdesak untuk memasang lampu dan kipas semata-mata untuk mengeringkan CD di dalam rumah pada musim hujan. Sebenarnya di rumah, jika saya sendiri yang akan memakaikan lampin, saya hanya pakaikan prefold dengan CD cover atau pada musim hujan, saya gunakan 2 helai kain lampin 4 segi yang dilipat seperti cara melipat prefold. Kaedah ini lebih menjimatkan dan lebih mudah kering.

Tetapi untuk mendapat kerjasama dari orang lain yang akan memakaikan CD kepada Aisyah (suami dan penjaga), mesti sentiasa ada CD moden yang sudah sedia untuk dipakaikan. Oleh itu, saya menggunakan waktu duduk di dalam kereta (iaitu kalau suami yang memandu) sebagai waktu menyumbat CD-CD poket dengan insert. Bukannya apa, menyumbat insert ke dalam poket tak boleh buat cincai-cincai sebab kalau insertnya tak rata boleh menyebabkan bocor. Lepas sumbat saya lapik lagi dengan flushable liner supaya kalau Aisyah buang air besar, boleh dibuangkan terus liner itu beserta ketulan najis ke dalam lubang tandas. Kalau liner hanya basah dan belum koyak, ia boleh dibilas bersih-bersih dan diguna semula selepas kering.

Selepas yakin bahawa CD yang saya ada sudah agak mencukupi dan pemakaiannya berkesan, barulah saya tanyakan cikgu taska tentang kesanggupannya untuk memakaikan CD kepada Aisyah. Alhamdulillah cikgu taska sanggup dan bekerjasama, walaupun secara agak beransur-ansur. Kini Aisyah dipakaikan sepenuhnya dengan CD, di taska dan di rumah ada sedikit sahaja DD sebagai spare untuk dipakaikan dalam situasi mendesak sahaja iaitu apabila Aisyah cirit-birit atau pada waktu tiada air.

Kini sudah 5 bulan Aisyah dipakaikan CD. Pemakaian CD jelas berkesan kerana ia lebih mampu menampung air kencing Aisyah yang banyak sewaktu tidur malam. CD juga membantu Aisyah yang kini sedang berlatih buang air di tandas. Suami juga memberi kerjasama untuk memakaikan CD kepada Aisyah jika disediakan CD Velcro yang sudah siap bersumbat. Yang pasti suami akhirnya bersetuju bahawa CD lebih baik kerana pemakaiannya sama mudah dengan DD, Aisyah tidak ruam lagi, dan dia dapat berjimat RM60 sebulan untuk Aisyah dan bakal adik-adiknya!

Demikianlah kisah CD saya dan puteri-puteri saya. InsyaAllah bakal bayi ke-3 yang akan saya lahirkan tidak lama lagi akan menyambung pemakaian CD kakaknya. Target saya ialah Aisyah tidak berlampin lagi menjelang ketibaan adiknya jadi adiknya boleh mewarisi semua CD kakaknya itu.

Sunday, October 25, 2009

1st post in this blog

Assalamualaikum n hi all!

As I am writing this, I am not expecting that I will be able to write much in this blog, as well as my other blog(s).

However, as I just want to communicate a few things related to my motherhood journey, so here it is - a blog dedicated to my small family of hubby, me, the two princesses, the baby who's in the womb right now,.. and future children (insyaAllah).

Hope you find anything useful from this blog!